07 January 2009

Melepak dengan Mama, Adam dan Imaan
@ Victoria Station, USJ







Tengahari yang Malang
Apa punya malang da... lunch semalam aku cadang nak lepak kat dalam opis je, malas nak keluar tengahari buta tu.. panas.. so, aku pun lepak-lepak la depan PC sesambil browse internet mencari iklan, tetiba..tengah sedap-sedap browsing... prap!... bedebub, aku tergolek dengan keadaan yang paling badut sekali..sekali kerusi patah da... nak buat lagi malang, masa jatuh tu aku tengah pegang mug yang penuh dengan milo panas.. abis basah semua print out aku yang sepatutnya aku bagi kat boss aku selepas waktu rehat, keyboard dah jadi kolam dan skrin komputer dah comot dengan air milo.... wergh!, petang semalam aku kerja dalam keadaan yang sangat melekit... whahahahhaha, padan muka aku...


Peringatan untuk diri sendiri

  • kena fitkan balik badan
  • jangan suka sandar-sandar kat kerusi secara berlebihan
  • jangan pegang mug kalau nak buat sarkas kat opis