31 October 2008

28 October 2008

Sempoerna, Sabah

..wergh..BEST!BEST!BEST! tu je yang dapat aku bagitau pasal tugasan terbaru yang aku dapat-ikut pemberita Berita Harian untuk membuat liputan tentang ternakan rumpai laut yang diusahakan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sempoerna, sabah. Jadi untuk 2 minggu berikutnya, aku menghabiskan masa makan tengahari untuk mengkaji dan mendalami projek yang diusahakan oleh LKIM itu. Skecthing, composing dan recce tentang gambaran apa yang patut aku buat tu satu kemestian, supaya aku tak lah kabut nak buat tu semua nanti bila di sana.

Aku bangun agak awal hari ni, setelah menunggu dalam 5 minit dekat bawah rumah aku, A.G datang dan kami pun bertolak dari Bandar Sunway dalam pukul 6.15 pagi. Perjalanan lancar, memandangkan kami agak awal dan diselangi dengan perbincangan tentang projek terbaru kami, mendokumentasikan tentang pendatang rohingya yang terdapat di Malaysia, A.G sedang giat mengumpul maklumat kearah itu, insyaallah, jika ada izin dariNya, kami akan buat dalam bulan 11 yang akan datang...OK, dah sampai KLIA, cari parking dan tunggu Azrul dan PR dari LKIM.
Baru sampai, kemas barang-barang bagi muat satu beg.
Terus ke balai berlepas kat tingkat 5, KLIA.
Checking jadual perjalanan untuk ke Kota Kinabalu.
"Bazuki Shot" mestilah adakan, Aku dan A.G. yang sudi bangun pagi amik aku kat rumah ke KLIA.

Azrul datang 10 minit kemudian, diikuti oleh PR dari LKIM, En. Fahmi. Kami check-in dan masukkan bagasi masing-masing dalam kargo sebelum pergi makan sarapan, kami berempat layan nasi lemak rendang ayam dengan air teh tarik, senang kira dan lebih cepat, hahhahahaha...sampai masa, A.G dah nak gerak dan kami pun nak pergi ke boarding gate untuk menunggu pesawat.

Kami berlepas tepat 9.25 pagi menaiki pesawat MAS B737..wergh! lagi besar dan selesa ruang kereta kancil akak aku..apa nak buat, layan je la.. nasib baik pramugari diorang cantik..wahahhahahahahahhaah.. dua jam berlalu, cuaca mula mendung dan kami pun sampai ke Kota Kinabalu International Airport (KKIA) dalam cuaca hujan lebat. Di situ kami menunggu pesawat kedua yang akan membawa kami ke Tawau, di mana kami akan menaiki kenderaan darat merentasi penempatan penduduk tempatan dan ladang-ladang kelapa sawit sepanjang 120 kilometer ke Sempoerna....erk..120 kilometer lagi.... layannnnnnnn. 4.20 petang, kami sampai ke Seafeast Hotel, berhadapan jeti utama dan pusat transit bagi mereka yang ingin ke Pulau Mabul, Pulau Bum Bum dan Pulau Sampoerna. Kami check-in, berehat dan tunggu waktu makan pukul 8 malam. Kat sini pukul 6 petang dah slow, kebanyakkan pekedai dah mula menutup perniagaan mereka dan hari pun dah mulai gelap.. penat..tu je la yang dapat untuk hari pertama ni, takpe..perjalanan yang menyeronokkan. Malam tu, aku start prepare kamera untuk esok...untuk landscaping dan nature shots, aku akan guna SONY A200 bersama SIGMA 70-210 APO f/2.8, SIGMA 10-20 DX dan Flash Vivitar dan untuk Medium/Close-up shots aku akan guna CANON 400D bersama 12-24 f/4 TX Pro bersama Flash EX430 CANON.

Aku set jam kat telefon nak bangun pukul 6.00 pagi, tapi aku terbangun pukul 5.45 pagi..ah, terus siaplah, mau pergi amik sunrise...gosok gigi, cuci muka, pakai minyak wangi, dedorant, pakai seluar dan keluar.... damn! kamera tak amik pulak..ok, dah amik kamera aku pun turun dengan keyakinan aku akan menangkap sunrise terhebat dalam hidup aku... tapi.... sampai je pintu hotel aku rasa macam lost sekejap, sampailah bell boy kat tepi tu tegur,

"Tuan, mau teksi kah?, saya boleh panggilkan."..

"err, sekarang pukul berapa?"

" Pukul 6.10 pagi tuan"

"Kenapa dah terang sanagt ni?"

"Kat sini, pukul 5.45 pagi dah terang tuan..."

"oh..ok"

.. aku pun keluar dengan rasa kecewa sekali, tapi aku tak kesah..pandai-pandailah cari bahan lain. Aku terus ke arah jeti penambang depan hotel, bila aku tengok beberapa orang murid mula menunggu di sana untuk mengambil bot penambang ke seberang untuk kesekolah. Menurut mereka, tambangg yang dikenakan ialah rm1.50 dan perjalan hanya mengambil masa dalam 10 minit untuk menyeberang. Niat dihati nak aje aku ke seberang, tapi memandangkan masa yang kurang sebab aku akan berangkat ke Pulau Tagaban pada pukul 8.30 pagi nanti, aku lupakanlah hasrat tu..aku pun menuju ke arah jeti pendaratan ikan oleh nelayan tempatan...wow, kat sana ikan yang turun adalah saiz-saiz yang besar, lebih besar dari yangg biasa aku lihat kat semenanjung ni, Abang Hamzah antara peraih biasa kat sana, menurutnya nelayan-nelayan di situ ada yang amik risiko masuk ke dalam perairan Indonsia bagi mendapatkan ikan-ikan itu, bukan setakat ikan tetapi udang kara dan sotong yang agak mahal harganya di pasaran tempatan. sebelum balik, Abang Hamzah ada menyediakan sedikit "buah tangan" berupa seekor udang kara, seekor sotong dan beberapa ekor ikan terbang, malangnya aku terpaksa menolaknya dengan baik, kerana aku tinggal kat hotel..mana mau masak daaa... lagipun aku mana boleh makan seafood, mau datan balik gout aku ni..hish!..ah, Azrul dah telepon, suruh siap untuk sarapan dan bertolak ke Pulau Tagaban.


Perkampungan nelayan tempatan di hadapan jeti berdekatan dengan Hotel aku menginap.
Para penumpang yang kebayakkannya adalah murid sekolah dan guru menaiki bot penambang ini untuk keseberang pulau untuk ke sekolah. Tambang yang di kenakan adalah rm1.50.

Suasana di jeti pendaratan ikan oleh nelayan tempatan, aktiviti bermula seawal 5 pagi setiap hari. Saiz ikan kat situ agak gadang-gadang jugak..

Selesai bersarapan, kami menunggu di bot yang di sediakan oleh LKIM untuk ke tapak penyemaian rumpai laut. Cuaca agak mendung tapi kami harap ianya sentiasa begitu untuk perjalanan ini..hahahahhahaa, meleset terus tanggapan tu..hujan turun mencurah-curah dengan lebatnya ketika kami memasuki perairan lepas... habis lencun semua, perkara pertama yang aku buat ialah selamatkan semua peralatan kamera..hish, punyalah mencabar perjalan itu, aku dan azrul dah lencun sampai ke seluar dalam dah....semasa perjalan memasuki minitt ke 40, aku pun saja je la tanya petugas LKIM tu berapa lama lagi masa yang akan diambil untuk ke sana..dia kata lagi 40 minit...hahhahhahahahhahahh..aaa..layan je la ......ini adalah kerana pemandu bot kami terpaksa mengikut jalan yang jauh untuk mengelakkan kawasan cetek kerana permukaan laut disana mempunyai benteng-benteng pasir ketika air laut surut. Huh!, benteng pasir kat tengah laut? tak tau pulak kat tengah laut air boleh jadi cetek..kuasa tuhan, tiada siapa yang dapat menjangkakanya.
Ini gambar waktu kering, memang seronok menikmati keidahan laut beserta perkampungan nelayan.

Ok, sampai saja kat sana, Profesor rashid dah siap menunggu, malangnya, hujan dan agin masih belum reda lagi, jadi pengambarang luar tak dapat dijalankan, sungguh mengecewakan. setelah selesai temu ramah, kami pun bertolak ke rumah bot professor yang jaraknya lebih kurang....erm...camna nak ukur jarak kat laut ye..tapi dari tapak penyemaian tu, memang kami nampak sayup je rumah profesor tu jauh ke lautan lepas...lagi satu hal pulak, perjalanan kami tu mengambil masa juga sebab kami terpaksa bergerak secara berhati-hati bagi mengelakkan enjin bot tersangkut dekat tapak semaian long-line orang lain..sesampai di sana, keluarga profesor dah sedia menunggu dengan hidangan roti kosong, kacangg rebus dan air kopi panas..ahh, lega betul dapat layan air kopi panas dalam hujan lebat dan angin kencang dalam keadaan basah kuyup di tengah lautan luas ni...selesai makan, aku start la buat kerja..amik gambar. Seperti biasa dalam menjalankan tugas aku suka berpandukan formula oleh majalah Life untuk mendapatkan visual photo story itu sendiri iaitu
  • shot pengenalan/menyeluruh, iaitu wide angle shots beserta keadaan sekeliling
  • shot separa peristiwa/tempat, iaitu gambaran tentang aktiviti/fokus pada satu aktiviti
  • shot dekat, gesture atau fizikal seseorang sedang beraktiviti
  • shot potrait, individu yang terlibat dalam penceritaan
  • shot interaksi, antara shot wajib ada, menunjukkan individu yang berinteraksi/bercakap, menandakan ada orang lain dalam cerita tu
  • shot signature, shot yang menunjukkan keadaan sebenar dalam penceritaan-lebih dikenali sebagai "decesive moment"
  • shot sekuel, shot yang diamabil selepas perkara utama, ini untuk memberikan penceritaan itu seperti satu siri (beginning-middle-end) dan menimbulkan satu aksi dalam gambar
  • shot penutup, shot untuk mengakhirkan cerita itu
dan apa yang bestnya...hujan tak berhenti turun...wahahahhahaha, basahhh..


Pergh!.. makan roti kosong, kacang rebus dan air kopi panas dalam hujan ribut ditengah lautan dalam atas rumah bot sememangnya gempaq!.. errr, satu lagi, kalau barang2 korang jatuh kat celah lantai rumah tu, lupakan aje ye..
Ini ialah jeti rumah bot tu, mengunjur ke laut lepas, dan kalau korang perasan..kat depan tu ada lagi rumah bot yang lain. Mereka ni bina rumah agak berselerak, tak tau lah kenapa.

habis tugasan pertama, dan kami pun terpaksa juga bertolakk balik dalam keadaan hujan lebat tu, kali ini lagi best..bot kami terkandas dek benteng laut, wahahahhahhaha...bolehkah anda bayangkan anda sedang terkandas dalam bot+hujan lebat+ombak?..pergh! aku dah start ingat anak bini kat umah dah ni, huhuhuhuhuhu...alhamdulillah, lepas 15 minit berdayung, kami dapat gunakan enjin kembali, kali ini ombak sangat-sangat tinggi menghempas bot kami, dan aku yang silap percaturan bersama Azrul "terduduk" kat bahagian depan bot, jadi bayangkanlah betapa tinggi ombak yang aku dan Azrul layan..hehehheheh..
Kami meneruskan perjalanan hingga ke penempatan Bajau Laut. Di situ kami dibantu oleh orang tempatan bagi menjadi jurubahasa kami. Mendekati Bajau ini tidaklah begitu senang, mereka begitu berhati-hati dalam menerima tetamu..tetapi bila dah kenal, kami dapat (aku je yang pergi) menaiki dan memahami susun atur sebuah rumah bot itu. Jarak antara lantai bot dan bumbung sangat rendah, ia hanya membenarkan aku merangkak untuk bergerak dan keadaan amatlah daif sekali. Dalam sebuah bot, terdapat lebih dari 1 keluarga yang mendiaminya dan segala "aktiviti" juga dilakukan di atas bot itu. Agak lama juga kami di sana, tiba masa untuk kami pergi.

balik dari tugasan tu, kami ke hotel..bersihkan badan, cari selipar sebab kasut dah basah. lepas tu kami lepak-lepak kat pekan Sempoerna untuk makan..tiada apa yang menarik pun kat sana..rata-rata penduduk tempatan lebih suka melepak kot kat rumah..hujan la..

Sekitar pekan Sempoerna.. macam Kelang je.. Kelang lagi best kot..
Ini lah aku, dekat jeti Dragon Inn, la ni baru abis shot perkampungan Bajau Laut tu. Kredit to Azrul.