
Taman Rekreasi ini dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada. Proses pembangunan baru telah dibuat melalui pembinaan fasa kedua taman tersebut. Pelbagai usaha telah diambil bagi mengindahkan lagi Taman Rekreasi Gunung Lang, di antaranya ialah dengan menggabungkan kecantikan semulajadi serta menerapkan unsur-unsur moden dan tradisional. Di laluan utamanya di sepanjang taman tersebut terdapat pelbagai jenis bunga bougainvilleas yang berwarna-warni. Apa yang menarik, terdapat 85 spesis heliconia yang diimport khas daripada negara luar. Tumbuh-tumbuhan berbau harum yang terdapat di sini telah memberikan aroma terapi di sepanjang laluan pejalan kaki.
Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah pengunjung harus menaiki bot mengelilingi tasik bekas tapak lombong tersebut sebelum tiba ke kawasan taman . Tasiknya pula dipenuhi pelbagai jenis ikan selain daripada haiwan reptilia seperti cicak dan ular. Bukit di taman tersebut dihiasi dengan flora dan fauna semulajadi dan sekali sekala pada waktu petang pengunjung boleh melihat monyet, burung dan sekiranya bernasib baik boleh terserempak dengan burung helang. Apa yang menarik, tumbuhan seperti orkid dan pokok buah-buahan tempatan telah dilabel mengikut nama masing-masing.