Sekali lagi di Fotowarung.
06 October 2008
"Unconditional Love", The Project
Satu projek komuniti yang telah dijalankan oleh sekumpulan jurugambar di Taman Megah Handicapped & Disabled Childrens’ Home pada 28.09.08. Projek kali ini ialah untuk mengumpul gambar-gambar dan rakaman video untuk dibuat VCD bagi rumah kebajikan tersebut, dan juga bersempena Hari Raya yang akan tiba. Kami juga membuat sedikit sumbangan berupa wang ringgit dan barang keperluan kepada rumah kebajikan itu. Tema “Unconditional Love” dipilih kerana kami percaya yang kasih sayang yang diberi sepatutnya tidak mengira umur, bangsa dan agama kerana di sana, kanak-kanak terdiri dari pelbagai kaum di Malaysia. Sepanjang tiga jam kami di sana, hanya tuhan yang tahu betapa sedihnya perasaan kami ketika melayan karenah anak-anak kurang bernasib baik ini. Insyaallah, projek seperti ini akan kami jadikan sebagai projek tahunan, kerana kami percaya yang mereka juga berhak untuk mendapat sedikit perhatian dari umum di sekeliling mereka. Ian Ahmad/CHAPs