17 October 2008

Semalam berpeluang menghadiri satu preview oleh National Geographic Channel. Ianya tentang documentary terbaru oleh Peter and Jeff Hutchens bertajukSOMEWHERE IN CHINA. Ok la juga documentary tu. Sabtu 18hb akan ditanyangkan di National Geographic Channel (553 Astro)

14 October 2008

Projek " The Unconditional Love" dapat masuk National Geographic

alhamdulillah, Projek " The Unconditional Love" dapat masuk National Geographic. terima kasih semua yang terlibat dalam pembikinan projek ini. sila lihat di sini http://ngm.nationalgeographic.com/your-shot/daily-dozen untuk melihat gambar2 lain yang tersiar.

13 October 2008

Penjual Buah Berangan
Herman, 14 tahun berasal dari Kampung Melayu Majidee, Johor. Beliau adalah murid tingkatan 2 dan bersekolah di sekolah menengah tempatan. Herman sekarang tinggal bersama ibu saudaranya di Umbai, Melaka sambil menolong ibu saudaranya menjual Buah Berangan di Medan Ikan Bakar, Umbai. Buah Berangan tersebut dijual dengan harga rm20 sekilo. Perniagaan dibuka dari pukul 6 petang-12 malam setiap hari.