11 August 2008

boooo..yang sangat boo


Dulu, masa aku mula-mula melibatkan diri dalam fotografi ni sebab kerja sebenarnya, bertugas sebagai pereka grafik di penerbitan buku, mengambil gambar adalah satu kemahiran yang patut ada untuk menyenangkan kerja ( ala, bos tak mau hire photographer, jimat sikit guna pekerja sendiri...). Memula guna kamera biasa je, lama-lama guna SLR/DSLR plak..jadi, mula dari tu aku dah start explore sendiri fungsi-fungsi dan ciri-ciri kamera ni... timbulah pulak minat baru, fotografi.. suka la isteri aku, sebab aku dah berenti labur duit kat kereta...


Dalam mencari arah dalam fotografi ni, macam-macam perkara yang aku dah cuba dari perkahwinan, event, teater, stage performance, private party.... semua tu best, in instant.. aku boleh dapat gaji sebulan untuk kerja 4 jam..cool eh?.. tapi...ada satu benda yang hilang dalam semua tu...aku tak tau apa dia..cuma, lepas settle semua benda tu..peraaan tu pun sama habis..balik rumah, mandi, makan, tido...esoknya dah tak ingat dah..


Sama juga zaman sekarang ni, bila ada DSLR je, dah berani amik job kawen, cas diri profesional, letak harga kaw-kaw, buat kelas itu ini, cas diri yang terbaik dan macam-macam lagi ...hasil? ...boringgg...dan membosankan, agak-agak ye, kalau ada badan yang boleh memperakui ke'profesional'an photographer kat Malaysia ni, berapa ramai ye yang kena 'tanggal'kan balik status tu kan..whohahahhahhahahhahhaa....


Ok lah, sekarang ni zaman dah berubah..dunia dah maju, jadi teknologi dulu tak sama dengan sekarang..dulu DSLR punyalah mahal berbanding sekarang, jadi paling mudah ramai fotografer menggunkan lagi 35mm untuk buat kerja, jadi setiap klik tu memang mahal la...tak macam sekarang, kau shoot je la.. tak jadi delete je...blur tak blur tak kisah, janji pelanggan suka.. ( statement yang aku tak larat nak tulis, gelak guling-guling), so..where the ethics of profesionals photographers-to delivered the best... fcuk it la, kau dengan profesionals kau boleh lah teruskan perniagaan kau tu, agak-agak halal ke rezeki tu ye?, sekadar bertanya pada diri je la, tak
pulak bias mana-mana pihak (kalau terasa tu, bagus jugak!) kalau kita dah berkata akan beri yang terbaik, tetapi bagi gambar asal boleh masuk dalam album je, agak-agak kan, camna hukum dalam islam ye?.. ah, lantak korang la, janji duit tu masuk kat korang udah la kan.. yang lain, tak penting pun..cukuplah, dah start bosan dah ni, blog aku tercemar dengan ketidakpuashatian terhadap dunia fotografi ni, aku tutup kat posting ni.. lantak korang la.. aku mau teruskan perjuangan selepas ni.. unpack my gears and shoot, yeay!

Lama tak mengambil gambar, last week turun KLCC. Dapat info pasal HINDRAF punya mogok lapar, jadi turunlah kejap cari gambar. Kat sana jumpa Messo, Torque dan KS.. tak de apa-apa sangat la..sedikit kecoh sebab ada yang dah mula tunjuk perangai... hmm, apalah nak jadui dengan Malaysiaku sekarang ni..
Thimith-A firewalking ceremony
Barefoot Hindus walk across white-hot embers at the Sri Mariamman Devasthanam Temple in Kuala Lumpur 10th August 2008. In Puchong, the celebrations begin at Sri Mariamman Devasthanam Temple around 6.30 p.m. and the priest leads the grand procession of people through the streets to Sri Mariamman Temple. In honour of the goddess Draupadi, this ceremony will start with priest by walking through the pit filled with hot burning coals with the Karagam (sacred water filled pot) on his head. He is followed by male devotees intent on fulfilling their personal promises and proving their faith. At the end of the ceremony, hindu's devotees will throwing the salt before the lane covered with the soil.

Ian Ahmad/CHAPs (Malaysia)