04 August 2009
28 June 2009
"Orang Kita" of Cameron Highlands
Minggu lepas saya telah dihantar ke Cameron Highland, Pahang untuk mendokumentasikan penempatan "Orang Kita" yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai pusat tarikan pelancong oleh Kemnterian Pelancongan Malaysia. Sepanjang tiga hari di sana, kami telah mendekati dan memahami cara hidup dan aktiviti harian mereka, gambar-gambar yang dirakam ialah di sekitar penempatan mereka di Sunagi Ruil, Sungai Terisu dan Jalan 33, Pahang-Perak.
06 June 2009
Media FAM Trip in conjunction with ATR72 4th delivery 9MMWD
Sedikit gambar saya semasa mengikuti MASwings membuat penghantaran pesawat ATR72 dari Lapangan Terbang Subang ke Mulu, Serawak.
29 May 2009
Jaya Supermarket runtuh
Jaya Supermarket runtuh semasa proses meruntuhkan bahagian lama bangunan itu semalam. Kejadia 5.00 petang itu menyebabkan enam orang terperangkap, tiga kematian dan dua kecederaan. Jumlah kematian dijangka meningkat berikutan kerja-kerja menyelamat menghadapi kesukan untuk dijalankan berikutan timbunan lantai bangunan yang berlapis-lapis dan memaksa pihak Bomba dan Penyelamat, serta Jabatan Pertahanan Awam menggunakan jentera berat untuk memecah dan mengalihkan sisa runtuhan.
NSTP/Supian Ahmad
28 May 2009
27 May 2009
The Story of Nurul Islah, the cancer survivor
Nor Hashimah Sulaiman, a chemistry teacher from SMK Seri Ampangan, Seremban, would do anything to see her fifth child smile again. Even if it means constantly massaging her daughter's face whose facial expression remains unchanged due to cancer. With tears rolling down her cheeks, the mother of six said: "I miss her smile so much. But I'm grateful she is still with us." Nor Hashimah described Nurul Islah Mohd Shah, 11, as a friendly girl who smiled a lot.Now, after undergoing surgery and treatment for brain cancer (medulloblastoma), she moves around with a walker. A tumour in the central nervous system affects the body's balance and motor functions. Nurul Islah is optimistic about getting well soon. "I cannot wait to get back to school. I miss my friends and teachers."
She will be among cancer survivors participating in the "Survivor's Lap" of Relay for Life KL 2009 on May 30 at the National Sports Council Training Stadium, Bukit Jalil.
Pix by Supian Ahmad/New Straits Times Press (Malaysia)
Text by Halimah Hamid/New Straits Times Press (Malaysia)
26 May 2009
25 May 2009
07 April 2009
Penghuni di Pondok Penyayang Raudah. Kebanyakan mereka masih bersekolah dan memerlukan bantuan dari pelbagai segi. Aku berpeluang mengunjungi mereka bulan lalu atas tugasan yang diberikan oleh pejabat, melihat kehidupan mereka di sana, aku bersyukur ke atas kurniaNya pada aku, walaupun tak mewah, tapi cukup la bagi aku untuk tidak mengeluh pasal kepayahan hidup.
Supian Ahmad/The New Straits Times Press Malaysia
KUALA LUMPUR 6/7/09 - Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berucap ketika hadir untuk Majlis Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2008 di Hotel Istana. Ini merupakan hari pertama beliau memulakan tugas rasmi setelah dilantik ke jawatan itu dalam Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan, Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Menyimpan Rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, Jumaat lepas.
Supian Ahmad/TheNew Straits Times Press
Bersama rakan fotografer dan bos-bos bergambar dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri beliau, Tun Jeanne Abdullah di dalam bilik media di PWTC sempena Perhimpunan Agong UMNO yang lepas.
Sedang menanti ketibaan Tun Abdullah di PWTC
Gambar diambil oleh Ulu/The Star ketika sedang mencuba lens aku kat kamera dia... ni kat CIMB Building, Bandar Pusat Damansara untuk sidang media CIMB Squash Open 2009.
Terperangkap dalam lif bersama rakan-rakan media yang lain ketika buat liputan Tun Dr Mahathir dan Sultan Kedah di BAngunan SAHOCA, Kelana Jaya.. turut terperangkap ialah Ketua Istiadat Istana, Pengawal Peribadi Tun, Polis Pengiring... gila ah.. panas dan sempit sekali..
29 January 2009
Mitsubishi Lancer A172A
Sepanjang menjadi pemandu, aku dah ada 3 biji kereta dah.. Proton Tiara, walaupun aku selalu mendapat pandangan yang agak skeptikal dan sinis sebab pakai keta tu (aku pun tak tau kenapa la org kerek sangat tengok Tiara ni..) tapi sejak join dengan bebudak AXTAC ( AX-Tiara Ower Club) banyak jugak barang-barang yang aku dapat, dan jadi jugaklah Tiara tu kepada Citroen AX, cuma tak tukar enjin la.. malas gi endorsed... lepas boring layan French, aku jual keta tu kat budak JB, aku cari Ford Escort plak.. jumpa satu kat Penang tahun 1978 punyer, owner dah siap tukar 1600 GT dengan DGAV 32/32 Webber.. layannnnn... tapi minyak cam air paip ler... pakai tak sampai setahun pun..jual sebab ada minat lain, fotografi (kini menjadi kerjaya la pulak)...
Lama dah aku tahan nafsu pada kereta ni, tapi kerjaya memaksa aku mempunyai kenderaan sendiri, jadi bermulalah pencarian untuk mencari kereta.. Argh!.. terbeli plak kereta ni, niat di hati nak beli Daihatsu Charade G10 je.. tapi bila browse kat internet ternampak plak kereta idaman dari dulu lagi, Mitsubishi Lancer A172A.. 1st time tengok, memang banyak juga nak buat kereta ni.. tapi call dulu la owner, tengok dulu..jumpa owner malam tu, terus je angkat sebab dia offer harga yang tak masuk akal, bayar dan terus drive bawak balik. Sekarang kereta ni ada kat rumah mak aku kat Shah Alam, tengah baraikan mana-mana parts yang boleh dibersihkan, memandangkan kedai masih tutup lagi, tak banyak yang dapat di buat, pomen pun masih cuti lagi... next week, lepas kilang bukak baru dapat parts yang aku order tu, bodykits A174 (fibre je la, beli original tak lalu ler poket....) ... erm, buat masa ni, keta masih dalam keadaan yang sangat hodoh lagi.. tapi takpe, pelan-pelan kayuh... enjin 1.4 dia pun masih cun lagi, aircond pun sejuk.. la ni tengah tunggu pomen nak bleed break je.. lain-lain masih ok..
Kenapa aku suka kereta ni?... sebenarnya, semua kereta pun aku suka, tapi dari dulu lagi aku memang suka tengok ralli kat tv, asal ada je ralli aku mesti melekat kat tv.. tapi jentera yang diorang pakai tu memang tak mampu ler.. sekadar minat je.. tapi sejak ada internet ni, senang bagi aku baca sejarah dan perkembangan ralli dari dulu lagi dan dari situ, aku dapati jentera-jentera yang ada sekarang mempunyai susur galur yang sangat hebat.. sebagai contohn Mitsubishi, dulu A172A~A175 ni adalah kereta yang digunakan untuk ralli.. wow! hebatkan dan ianya masih di gunakan di luar negara untuk sirkit-sirkit yang berlangsung di sana, begitu juga Ford Escort dan juga Citroen AX (kat sini kita panggil Tiara) sebab tu la, kenapa aku suka cari jentera-jetera lama TETAPI berstatus Rally... yeay!..
Sabar ye, Milla.. nanti ada masa kita geli-geli atas jalan... hehehhehehe
|
07 January 2009
Tengahari yang Malang
Peringatan untuk diri sendiri
- kena fitkan balik badan
- jangan suka sandar-sandar kat kerusi secara berlebihan
- jangan pegang mug kalau nak buat sarkas kat opis