29 January 2009

Mitsubishi Lancer A172A

Sepanjang menjadi pemandu, aku dah ada 3 biji kereta dah..  Proton Tiara, walaupun aku selalu mendapat pandangan yang agak skeptikal dan sinis sebab pakai keta tu (aku pun tak tau kenapa la org kerek sangat tengok Tiara ni..) tapi sejak join dengan bebudak AXTAC ( AX-Tiara Ower Club) banyak jugak barang-barang yang aku dapat, dan jadi jugaklah Tiara tu kepada Citroen AX, cuma tak tukar enjin la.. malas gi endorsed... lepas boring layan French, aku jual keta tu kat budak JB, aku cari Ford Escort plak.. jumpa satu kat Penang tahun 1978 punyer, owner dah siap tukar 1600 GT dengan DGAV 32/32 Webber.. layannnnn... tapi minyak cam air paip ler... pakai tak sampai setahun pun..jual sebab ada minat lain, fotografi (kini menjadi kerjaya la pulak)...

Lama dah aku tahan nafsu pada kereta ni, tapi kerjaya memaksa aku mempunyai kenderaan sendiri, jadi bermulalah pencarian untuk mencari kereta.. Argh!.. terbeli plak kereta ni, niat di hati nak beli Daihatsu Charade G10 je.. tapi bila browse kat internet ternampak plak kereta idaman dari dulu lagi, Mitsubishi Lancer A172A.. 1st time tengok, memang banyak juga nak buat kereta ni.. tapi call dulu la owner, tengok dulu..jumpa owner malam tu, terus je angkat sebab dia offer harga yang tak masuk akal, bayar dan terus drive bawak balik. Sekarang kereta ni ada kat rumah mak aku kat Shah Alam, tengah baraikan mana-mana parts yang boleh dibersihkan, memandangkan kedai masih tutup lagi, tak banyak yang dapat di buat, pomen pun masih cuti lagi... next week, lepas kilang bukak baru dapat parts yang aku order tu, bodykits A174 (fibre je la, beli original tak lalu ler poket....) ... erm, buat masa ni, keta masih dalam keadaan yang sangat hodoh lagi.. tapi takpe, pelan-pelan kayuh... enjin 1.4 dia pun masih cun lagi, aircond pun sejuk.. la ni tengah tunggu pomen nak bleed break je.. lain-lain masih ok..

Kenapa aku suka kereta ni?... sebenarnya, semua kereta pun aku suka, tapi dari dulu lagi aku memang suka tengok ralli kat tv, asal ada je ralli aku mesti melekat kat tv.. tapi jentera yang diorang pakai tu memang tak mampu ler.. sekadar minat je.. tapi sejak ada internet ni, senang bagi aku baca sejarah dan perkembangan ralli dari dulu lagi dan dari situ, aku dapati jentera-jentera yang ada sekarang mempunyai susur galur yang sangat hebat.. sebagai contohn Mitsubishi, dulu A172A~A175 ni adalah kereta yang digunakan untuk ralli.. wow! hebatkan dan ianya masih di gunakan di luar negara untuk sirkit-sirkit yang berlangsung di sana, begitu juga Ford Escort dan juga Citroen AX (kat sini kita panggil Tiara) sebab tu la, kenapa aku suka cari jentera-jetera lama TETAPI berstatus Rally... yeay!..

Sabar ye, Milla.. nanti ada masa kita geli-geli atas jalan... hehehhehehe

8 comments:

Adli Ghazali said...

bang,
kete ni bukan ade tlibat dlm kes rogol ker???
erkkkk...
muda atau mudi di luar sana jikalau anda terjumpe dgn owner kereta skrang ini sila pastikan anda mmbuat laporan di pondok pengawal nstp. :D

ian ahmad said...

A.g, lu memang syilanat betul...ces, aku jumpa kau kat highway memang aku pancung terus...

mikemurano said...

apo kabar bro ian
lamo tak jumpo...

Anonymous said...

:: kereta yang anda maksudkan pernah saya (bapa saya sebenarnya) miliki... standard pon boleh berdesup peginya... makeup dengan garang sikit sudah cukup menggerunkan kereta kereta yang baru nak "UP" ni...

:: tetapi buah hati saya masih melekat kat Toyota Celica 1st generation... fooh hehehe

ian ahmad said...

mike, wasap....jom TT roti tampal sekali..

exike, yerp keta ni best.. tapi tengah barai plak kat umah ..aku tengah tukar brek pump, dah bocor plak.. bumper dah dapat, spoiler dan plate holder je tengah tunggu stock.. taukey raya lama sangat...

CELICA!..wergh, kau ada ke?..TA series?

Anonymous said...

hebat zhiall... dah bleh rempit ngan moto aku.

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

stimm oo kereta nie... pkai muffler HKS la bro.. baru vrommmmmmmmmmmmm.. waakaka..jumpe BFJ 7688... try cucuh la ek!! ;P

Khairil said...

Dgn kereta pun lu stim.....adehh...