21 February 2008

Demi Waktu



Karya ni dirakam awal pagi..ketika yang lain sibuk bergerak , subjek begitu asyik melayan pesanan ringkas dengan telefon bimbit..moment ni seperti membawa maksud yang agak kuat..mengatakan diri di dalam "dunia" sendiri, menyelesaikan tugas yang perlu dan kemudian akan terus melangkah untuk melangkah..terasing dalam suasana tidak dipedulikan..yang penting hidup sendiri harus di selenggara bagi menempuh cabaran dunia..tak perlulah nak mengelabah menempuh hidup hingga terpaksa melupakan "tugas" yang satu.."lima" waktu yang singkat selalu dilanggar kerna mahu meneruskan hidup...ah, semua sama, semua hipokrit menentukan masa itu emas..tapi, hanya pandai menggunakan pancainderanya untuk berkata tanpa nawaitu yang sempurna..semua tahu..manusia ini ciptaan sempurna, tetapi sempurnakah kita disisiNya....semakin ramai umat manusia membangsatkan diri pada dunia..semakin ramai yang berkata nista menidakkan manusia yang lain...hahahahahaha..selamat datang ke dunia ini...
Gambar oleh Ian Ahmad/Malaysia.

1 comment:

army4war said...

fenomena biasa dilihat.. tp memang membawa banyak erti.. hehehee..