Blog Archive

30 December 2008


Taman Rekreasi Gunung Lang terletak di Jalan Kuala Kangsar bersebelahan dengan Lebuh Raya Utara Selatan. Gunung Lang berlatarbelakangkan pemandangan semulajadi yang terdiri daripada hamparan bukit batu kapur dan tasik yang menjadi daya tarikan utama pengunjung dari dalam mahu pun luar negeri. Pembangunan seluas 28 hektar ini melibatkan kerjasama di antara Majlis Bandaraya Ipoh dan Jabatan Lanskap Negara pada tahun 1999. Daya tarikan utama taman ini ialah hamparan bukit batu kapur dan tasik yang belum diterokai.
Taman Rekreasi ini dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada. Proses pembangunan baru telah dibuat melalui pembinaan fasa kedua taman tersebut. Pelbagai usaha telah diambil bagi mengindahkan lagi Taman Rekreasi Gunung Lang, di antaranya ialah dengan menggabungkan kecantikan semulajadi serta menerapkan unsur-unsur moden dan tradisional. Di laluan utamanya di sepanjang taman tersebut terdapat pelbagai jenis bunga bougainvilleas yang berwarna-warni. Apa yang menarik, terdapat 85 spesis heliconia yang diimport khas daripada negara luar. Tumbuh-tumbuhan berbau harum yang terdapat di sini telah memberikan aroma terapi di sepanjang laluan pejalan kaki.
Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah pengunjung harus menaiki bot mengelilingi tasik bekas tapak lombong tersebut sebelum tiba ke kawasan taman . Tasiknya pula dipenuhi pelbagai jenis ikan selain daripada haiwan reptilia seperti cicak dan ular. Bukit di taman tersebut dihiasi dengan flora dan fauna semulajadi dan sekali sekala pada waktu petang pengunjung boleh melihat monyet, burung dan sekiranya bernasib baik boleh terserempak dengan burung helang. Apa yang menarik, tumbuhan seperti orkid dan pokok buah-buahan tempatan telah dilabel mengikut nama masing-masing.

17 December 2008

Mari Kejar Ayam Kampung


Wergh... lama betul tak posting kat blog ni.. sejak keluar dari hospital tu ari memang takde mood nak amik gambar, penat dan letih betul badan ni.. lenguh sana sini.. adess.. dah la berbotol-botol air yang masuk dalam badan aku, selera makan pun hilang, keluar hospital aku hilang 5kg wahahaha, senang je nak diet ye... terima kasih kepada semua yang datang melawat aku kat DEMC Shah Alam masa aku kat sana ye...


Keluar dari hospital, aku teruskan projek-projek yang tertangguh dengan CHAPs, dan oleh kerana projek tu aku yang lead bersama Sharoll, aku tetap teruskan memandangkan aku dah OK sikit.. kami akan teruskan Crossing Region I ke Perak untuk mendokumentasikan Pasar Loken kat Ipoh, malangnya aku tak dapat nak shoot sangat sebab kurang tenaga, dan aku lebih banyak membontoti rakan-rakan je.. lagipun aku tak guna sangat DSLR masa ke sana, aku lebih banyak guna SLR OM2000 kau dengan Illford XP 400 je, maaf belum sempat gegar rumah Chrome untuk develope film tu..

Gambar terbaru masa kat Perak, ni atas Kellie's Castle. Gambar oleh Ham Mohammad.

Persoalannya sekarang, apa kena mengena kejar ayam dengan cerita aku masuk hospital ni?