Blog Archive

20 September 2008

Kiddo

Semalam asa tengah sibuk prepare barang-barang yang perlu dibawa untu outing esok, Adam ajak sepupu-sepupu dia main dalam studio aku, pergh!..gila kejap aku layan bebudak tu... havoc betul dalam studio tu hahahahhaa, seronok betul diorang main langgar-langgar kereta yang diorang amik kat atas rak tu.. hehehehe...... HAH!, kereta atas rak?... tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk..... itu koleksi scale kesayangan aku tu...adesss, terhenti nyawa bila aku tengok 1981 Nissan Fairlady Z yang "dipandu" oleh Adam head-to-head-Colission dengan PT Cruiser oleh Arash, sambil Adik "drifting" Nissan Skyline aku dengan rakus sekali sebelum melnggar dinding... lampu depan tanggal, tapi tak pecah la... erk!..sebelum apa-apa terjadi kat koleksi 1:60 VW aku.. baik aku selamatkan keadaan... camna ye?.. HAH!.. amik gambar... woahahahaha, seronok betul diorang dapart berposing dan "enterframe" malam tadi..... ya... selamat semuanya...

Pkul 10.45 malam, MAG call, ajak lepak dengan Sharoll-lepak sambil borak dan baca magazine LIFE yang MAG bawak.. gempak lah MAG punya set- LIFE 50th Anniversary dengan The LIFE in Pictures.. best betul..lepak sampai pukul 2 pagi- aku, balik rumah sambil betulkan kereta-kereta tadi sampai pukul 5.00 pagi, di temani oleh Adik yang dah bangun suruh tukar diapers dan nak susu.. lepas Adik burp, aku pun tido... pukul 7.00 pagi tadi..


13 September 2008

Sekarang ni bulan puasa-jarang sangat ada masa nak keluar buat projek...tapi semalam dapat balik awal sikit dari kantor, jalan plak tak jem sangat..sampai awal la jugak kat rumah in-law..dapatlah aku buat siri aku yang dah lama tangguh tu...
Untuk siri "We Lived Here" ni, aku nak mendokumentasikan kawasan Desa Mentari di Bandar Sunway ni.. sebenarnya, asalnya penghuni kawasan ni ialah dari penempatan-penempatan setinggan seperti kg. Padang Mentari, kg. Kanaparunggam, kg. Desa Hormat dan telah dibangunkan oleh kerajaan semasa Projek Setinggan Sifar oleh mereka-jadi aku rasa best jugak kalau aku dapat rakamkan daily grind/penduduk/aktiviti masyarakat setinggan yang kini telah "dikumpulkan" oleh kerajaan di satu tempat je..antara peristiwa hitam yang pernah berlaku di sini ialah rusuhan yang hampir membawa kepada isu perkauman antara dua bangsa yang mendominasikan penempatan ini-curfew dan kawalan oleh polis!..sekarang ni baru dalam proses awal iaitu mendokumentasikan penempatan di sini, sebelum aku masuk second stage iaitu penduduk...



Macam biasalah, aku kalau nak buat editing/seleksi gambar mesti buat malam sebab nak suasana rileks sikit-sambil dengar RATM atau Belantara, kerja mesti smoooooth je...tapi malam tadi baru balik kerumah, bawa sekali isteri dan anak-anak balik setelah seminggu isteri aku berpantang kat rumah mak dia....tapi Abang biasalah, selagi aku tak tido, selagi tu la dia tak mau masuk tido.. adik pun sama jugak..tak mau tido, so aku heret semua sekali kat luar


Abang, tewas pukul 2 pagi, layan 613 dari pukul 12 tengah malam

Adik masih bertenaga, sambil berlagak dengan Papa sebab dah pandai pegang botol sendiri-lepas tu susah nak burp!

Pemandangan dari atas kerusi pad pukul 2 pagi, malam semalam ajak anak-anak lepak kat ruang tamu sambil buat kerja. masing-masing bersepah macam kena bom... kat dalam gambar tu:-

  • lappy atas "Papa's portable workstation" a.k.a. Mama punya stool meja solek
  • Abang dah tido lepas mintak susu-tapi tak minum
  • Adik tengah layan susu yang ke3 dalam masa 2 jam
  • EI8HT Photojournalism atas kerusi, bersebelahan TARGUS-terima kasih Mama!
  • Lembek makk bagi, buat tidur
  • Kopi Kapal Api kurang manis

10 September 2008

Welcome Shazryn Imaan Sofea

Alhamdulillah, my newly born baby girl.. Shazryn Imaan Sofea. Born 5-9-08, 4.2kgs!



04 September 2008


Last week, teman isteri kat wad, dia kena masuk untuk observation pasal baby.. aku lepak sana dua hari.. sambil-sambil tu siapkan lay-out untuk CHAPs Journal yang aku nak bentangkan pada core members dalam masa terdekat ni...insyaallah. Jadi buat masa ni, aku gunalah dulu koleksi-koleksi gambar aku untuk lay-out (pergh! perasan bagus je letak gambar sendiri untuk front cover huhahahahaha) Jadi, buat masa ni..submisi untuk terbitan yang ni belum lagi di war2 kan..maka bolehlah aku cari story baru dalam bulan ramadhan ni...

03 September 2008

Hari ni dah masuk hari ke-3 puasa.. alhamdulillah, semua berjalan lancar.. makan minum semua cukup..cuma penat la sikitkan...kerja makin hari makin banyak..actually, berlambak-lambak..gambar pun banyak nak kena gi amik..adesss, penat betul la..




jiwa pun masih runsing memikirkan baby baru yang tak mau keluaar lagi ni..doktor cakap, baby comfort sangat dalam perut mama dia..dia tak mo kluar..hari2 la aku dok pujuk dia..dia tak mau klur gak..erm, nampak gayanya.. malam ni aku admitkan lah orang rumah, caeserian la jawabnya...takper, janji selamat sudah la kan...




abang pun dah makin besar, asyik nak gaduh dengan aku je kerja dia..pantang salah sikit nak mengamuk je..tapi takpe la..itu menunjukkan perkembangan sihat dan kematangan dia..ok la tu kan



kamera baru dia dah nak abis filem, kena masukkan filem baru la lepas ni...kali ni mau bagi dia layan kaler plak la.. asyik layan BnW je.. boring gak kan..

1st day puasa, accident kat jalan besar on the way nak balik ke rumah mak kat Shah Alam, dah la jammed..orang ramai parking tepi jalan macam bapak dia punya jalan.. nak aku hon buat habis tenaga je tekan hon tu.. yang bas kilang plak tak sabar-sabar nak balik rumah.. alihnya, aku sondol bas haahhahhahahahha... cess, sabtu ni nampak gayanyer kenalah buat aktiviti yang dah lama aku tinggalkan.. recce kedai potong huhahahhahahaaa... cari signal warna kuning plak la.