Blog Archive

28 February 2008

Nurul Izzah Anwar Berkempen

Calon dari Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah berkempen bagi kawasan P121 Lembah Pantai yang akan ditentang oleh penyandang kerusi, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (BN) dan Periasamy a/l Nagaratnam (Bebas). Malaysia akan mengadakan pilihanraya kali ke 12 pada 8 Mac depan. Gambar oleh Ian Ahmad/Malaysia.

27 February 2008

Bercuti lagi ...

Minggu lepas kami amik keputusan nak away kejap, nak lepak-lepak sambil berehat sebab dah lama tak bercuti, jadi kami ke Pulau Langkawi selama empat hari.

Gambar atas tu ialah keluarga aku, Adam, yuzs dan aku ... bergambar kat atas Gunung Mat Chincang, naik atas guna kereta kabel yang macam nak runtuh...

ni entry penuh ada kat FP aku...nanti aku upload la..sekarang layan blog je..
Ceramah Perdana Datuk Seri Anwar Ibrahim

Ketua parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi ceramah untuk pilihanraya yang akan diadakan pada 8 Mac depan di Sungei Way, Petaling Jaya. Parti Keadilan Rakyat adalah salah satu parti yang akan bertanding atas tiket parti pembangkang didalam Barisan Alternatif. Gambar oleh Ian Ahmad/Malaysia.

Petugas parti sedang menyemak senarai pengundi bagi kawasan yang terlibat. Gambar oleh Ian Ahmad/Malaysia.

26 February 2008

Seorang kanak-kanak berbangsa india sedang berehat diluar pagar berlatarbelakangkan sepanduk parti Barisan Nasional yang menyandang pemerintahan negara sejak zaman merdeka. Malaysia akan mengadakan piliharaya kali ke-12 pada 8 Mac 2008. Gambar oleh Ian Ahmad/Malaysia.


Sebagai tanda sokongan terhadap pemerintahan negara, kanak-kanak india ini memahami erti keaman yang wujud pada negara ini. Dengan kejadian yang ditimbulkan oleh HINDRAF baru-baru ini, Barisan Nasional telah menerbit manifesto yang akan melegakan isu perkauman dinegara ini. Gambar oleh Ian Ahmad/Malaysia.

IRONMAN Malaysia Langkawi 2008


Lotto Ironman Malaysia takes place on Langkawi, a popular island resort destination in Malaysia. It's tough not because of the course, which consists of a very warm swim, a rolling bike and a relatively flat run course. It's tough because it can get really hot, especially during the run. How hot? In 2001 temperatures that reached 43 degrees Celsius (which is very close to 110 degrees Fahrenheit for anyone who thinks in those terms).

Swimming
The day begins with a two-loop swim in Kuah Bay which starts and finishes alongside a giant eagle statue that dominates the Jetty Point port area.
Cycling
After the swim, cyclist will take the seaview road (penarak road) and at the traffic light you make right turn, and after the police station take left turn onto LISRAM Highway, you will go through two up and down hills of about 10% incline. Upon reaching the traffic light take a left turn until you reaches the main road, and at this traffic right make a right turn on the Padang Masirat road which is leading to the airport. The first aid station is located here and cyclist should keep left on this road. Upon reaching the second roundabout make a U-turn back on the same road and on the first traffic light on this road take a left turn onto this road which is leading to Padang Lalang roundabout (Ulu Melaka Road). Upon reaching Padang Lalang roundabout take the road leading to Tanjung Rhu and at 1.4KM from the roundabout make a U-turn back on the same road leading back to Padang Masirat road, and upon reaching the main road take a left turn onto the road leading back to kuah until you reach the traffic light before the Thai Resturant where you will make a U-turn back to airport. You have to make three loops on this road and on the final loop you will have to head back to kuah town and at the kuah town traffic light you have to make a left turn onto Ayer Hangat road and on the next traffic light you make a right turn onto Penarak road pass Seaview and finish the cycling at Dataran.
Running
It is the run that makes the race in Langkawi so tough. The terrain isn't that challenging - it's the heat that the athletes face as they go through the marathon that makes things difficult. After the fourth loop is complete, they run one kilometer back to the jetty, and end the day at the beautiful finish line which is just meters short of the spectacular eagle statue, a welcome beacon at the end of what will no-doubt be a tough day of racing. Pics by Ian Ahmad/Malaysia.


Self-potrait?
hahahahha........ self potrait...muahahahahhaa... diambil didalam resort kat Langkawi minggu lepas..

21 February 2008

Demi Waktu



Karya ni dirakam awal pagi..ketika yang lain sibuk bergerak , subjek begitu asyik melayan pesanan ringkas dengan telefon bimbit..moment ni seperti membawa maksud yang agak kuat..mengatakan diri di dalam "dunia" sendiri, menyelesaikan tugas yang perlu dan kemudian akan terus melangkah untuk melangkah..terasing dalam suasana tidak dipedulikan..yang penting hidup sendiri harus di selenggara bagi menempuh cabaran dunia..tak perlulah nak mengelabah menempuh hidup hingga terpaksa melupakan "tugas" yang satu.."lima" waktu yang singkat selalu dilanggar kerna mahu meneruskan hidup...ah, semua sama, semua hipokrit menentukan masa itu emas..tapi, hanya pandai menggunakan pancainderanya untuk berkata tanpa nawaitu yang sempurna..semua tahu..manusia ini ciptaan sempurna, tetapi sempurnakah kita disisiNya....semakin ramai umat manusia membangsatkan diri pada dunia..semakin ramai yang berkata nista menidakkan manusia yang lain...hahahahahaha..selamat datang ke dunia ini...
Gambar oleh Ian Ahmad/Malaysia.
Saudagar Malam

'Tak susah nak susah, tapi tak senang nak senang'apa maksud ayat tu?. Pada aku itu hanyalah ALASAN untuk si PEMALAS YANG RAJIN nak melepak dan 'SAMPAH' yang tak pernah rasa puas untuk bangun tidur tengahari!...tapi itu la yang aku dapat tengok pada masyarakat sekarang ni, malas kerja tapi nak hidup macam jutawan..tak pernah rasa puas hati dengan kesenangan orang lain dan rasa hebat yang melampau-lampau!.. tetapi, kebanyakkan orang akan duduk senang lenang kat rumah dan melepak ... bila hujung bulan, bila dapat gaji, kita merungut sebab tak cukup.. aku pinjam kata2 zainal alam "salah siapa kalau bukan salah kita", pada aku "Tak susah nak susah, tapi tak senang nak senang" tu ..patut ditukar kepada 'Kalau malas, memang susah tapi kalau rajin, memang senang..korang susah sebab korang yang malas!'

Gambar oleh Ian Ahmad/Malaysia.

20 February 2008

Menjejak langkahku?

Malam tadi, seperti malam-malam sebelumnya...aku sememang akan membuat beberapa rujukan dan penelitian atas karya-karya jurugambar yang dipamerkan didalam British Journal Photography..aku berharap dapat menghabiskan siri pengembaraan aku yang telah aku rangka sejak enam bulan lepas akan habis sebelum hujung tahun ni..nanti dapatlah aku buat koleksi terbaik untuk tahun 2008 ini.... bulan lepas aku baru je dapat EI8GHT Photojournalism 4th Birthday Edition..dalam tu ramai juga pengkarya-pengkarya agung seperti Alexander Boulard, Trent Parke, James Nachtwey...ramai la..sedang aku khayal membuat telahan siri yang seterusnya... Adam, anak lelaki aku masuk kedalam studio (ala, bilik biasa je... )..menghulur botol susu dan berkata...
"pa..cu,...wat"...menyuruh aku buat susu la tu...
"hurm, dah pukul 2 pagi pun belum tidur lagi ye.." sambil tangan mengambil botol dan terus kedapur buat susu....
err.. 3 sudu, air panas suku, tambah air masak...goncang kasi campur.... test ...ok..siap!...
tatkala sampai kat dalam studio aku lihat Adam begitu asyik melihat gambar-gambar dari pengkarya-pengkarya dimajalah itu...hahahahaha...adakah ini menunjukkan Adam akan mengikut jejak langkah aku..?...ah, biarlah dia memilih jalan kerjayanya sendiri..walaupun minatnya terhadap kamera dah ada sejak dia mendapat kamera yang pertamanya dari Pak Longnya .... Gambar oleh Papa.

19 February 2008

Kota asing di Kuala Lumpur

Berpeluang mengikut saudara Rahman Roslan (http://www.flickr.com/photos/rahmanroslan/) membuat tugasan terbaru beliau tentang pendatang asing di Kuala Lumpur. Karya dirakam sekitar Lebuh Pudu, Lebuh Ampang, Jalan silang dan kawasan sekitar Pasar Seni dan Jalan Petaling.
Gambar oleh Ian Ahmad/Malaysia.

18 February 2008

Le Tour de Langkawi 2008, Kriterium Kuala Lumpur

Semalam (17/02/2008) berlangsung peringkat terakhir Le Tour de Langkawi 2008. Dengan keputusan yang berikut:

Fianalis Peringkat (kuala Lumpur)
1: Richeze,Mauro Abel (CSF Group-Navigare)
2: Hunt,Jeremy (Credit Agricole)
3: Rossi,Enrico (NGC Medical - OTC)

Keseluruhan
1: Ivanov,Ruslan (Serramenti PVC)
2: Sprick,Matthieu (Bouygues Telecom)
3: Cesar,Gustavo (Karpin Galicia)

Pendahulu Pelumba Asia
1: Fukushima,Shinichi (Meitan Hompo - GDR)
2: Kano,Tomoya (Skil - Shimano)
3: Nodera,Hidenori (Skil - Shimano)

Markah tertinggi keseluruhan (pelumba)
1: Clerc,Aurelien (Bouygues Telecom)
2: Manan,Anuar (Letua Cycling Team)
3: Usov,Alexandre (AG2R La Mondiale)

Raja Bukit
1: Savini,Filippo (CSF Group-Navigare)
2: Ivanov,Ruslan (Serramenti PVC)
3: Serpa Perez,Jose (Serramenti PVC)

Pics by Ian Ahmad/Malaysia.

15 February 2008

Karya "Konsert Barisan Budi" tersiar di Fotowarung!


Sekali lagi karya dari RepublikaryA tersiar di Fotowarung.

14 February 2008

Konsert Barisan Mudi di Istana Budaya 13hb Februari 2008



Persembahan sketsa dari Lucy, Ebby, Abon dan Rama berkenaan Malaysia memang menghiburkan walaupun terdapat beberapa perkara yang agak "panas".


Penyanyi popular tanah air Dayang Nurfaizah menyampaikan lagu "Hero" bersama tayangan kejayaan yang dicapai oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Abdullah Ahmad Badawi.


Jacyln Victor, menyampaikan lagu Gemilang bersama penari sebagai persembahan penutup malam itu.



Seorang penyampai gurindam dibawah sinaran lampu.

11 February 2008

Sambutan Tahun Baru Cina 2008


Perayaan Tahun Baru Cina yang disambut oleh penganut buddha di Malaysia pada tahun ini jatuh pada 7 dan 8 Febuari 2008. Pada tahun ini mereka akan meraikan Tahun Tikus yang membawa maksud "kebahagian dan kesenangan hidup". Karya-karya ini dirakamkan sekitar Tokong Thean Hou di Bukit Robson dan Tokong Chan See Shu Yuen di Jalan Petaling pada 8 dan 10 Febuari 2008.

06 February 2008

Karya Thaipusam 2008 terpilih di Chaps!
Ya, walaupun hanya mendapat Honorary mentions bersama sahabat yang lain, ia cukup hebat bagi pihak Republikarya.