Blog Archive

30 January 2008

Berkarya bersama teman di Pulau Ketam

Dibawah ini ialah karya terbaik dari teman yang sama berkaloborasi pada outing yang lepas, mereka juga punya karya yang hebat dilaman web masing-masing. Sila klik pada nama mereka untuk mengunjungi laman web mereka.

REPUBLIKARYA/Ian Ahmad (Malaysia)


Sepi oleh Azmi ( http://reflectcreation.fotopages.com/) burung yang sendirian memandang jauh ke arah laut yang luas..walau punya daya untuk terbang tinggi, jauh mengembara ia masih sepi...kenapa?


Anak oleh Farina Ariffa saya sukakan karya ini kerana ia punya satu "cerita" yang kuat, perihal anak-anak nelayan yang kebayakannya menghabiskan masa meraka di atas bot atau perahu kepunyaan keluaga. mereka bermain bersama rakan sebaya dan juga menjadikan tempat itu seperti satu kemestian untuk dikunjungi setiap hari...begitulah mereka, hidup sebagai anak nelayan dan membesar di pulau.


  • Menung oleh REEZ potret tua ini sangat menarik.. bak kata Reez dalam Blognya

  • "Mungkinkah usia emas begini menanti detik-detik ke penghujung, merenung masa yang pantas berlalu meninggalkan dirinya? Mungkinkah dia termenung mengenangkan nasibnya yang sudah tidak mampu menongkah arus, meredah ombak untuk mencari sesuap nasi untuk dirinya? Mungkinkah dia hanya menanti kepulangan anak yang jauh di kota menduga nasib di tempat orang? Mungkinkah dia cuma memerhatikan gelagat orang-orang di sekelilingnya? Mungkinkah? itulah ungkapan yang tersirat memberi seribu satu persoalan?"


    Working Family oleh Faizal (http://holgad80.fotopages.com/) editing dan warna yang suram, menggambarkan kepayahan mereka mencari rezeki...kelihatan salah seorang dari mereka tersenyum dikala yang lain masih mencuka..kenapa ye? moment ni best betul dipotretkan oleh Faizal


    Berehat oleh Hegiraz... ini ialah karya yang cantik. Pengulangan warna dari subjek utama dan latarbelakang mewujudkan redunduncy feel (pengulangan yang berirama). Subjek sedang berehat di tepi pintu, sambil melihat kakak serta ibunya mengecat lantai (cat lantai?) di hadapan rumahnya.

    25 January 2008

    Thaipusam 2008 di Batu Caves, Selangor.

    Perayaan Thaipusam 2008, Batu Caves, Selangor. Saban tahun beribu-ribu penganut hindu akan membanjiri Batu Caves di Selangor bagi meraikan perayaan keagamaan ini.



    21 January 2008

    Berkarya di Klang dan Pulau Ketam, Selangor.

    
    
    Penumpang turun dari Komuter di Stesen Komuter Klang, Selangor.
    
    
    Perkampungan nelayan cina dari atas Jeti Pulau Ketam, Selangor.
     Penduduk tempatan melintasi sebuah kedai makanan di Pulau Ketam, Selangor.

    Pemandangan dari dalam Chong Kok Kopitiam.
    
     Pemandangan dikawasan sekitar pulau.


    17 January 2008

    14 January 2008

    Chap Ayam Photographers

    Ini adalah satu weblog yang dikendalikan oleh beberapa orang profesional dalam bidang masing-masing, menggunakan motto Chap Ayam pun boleh maaa! para ahli akan menghantar karya terbaik mereka untuk dinilai dan dikritik oleh mereka yang layak. Jika terpilih, karya mereka akan dipaparkan didalam weblog ini.
    memetik kata-kata pengasasnya,

    We do not talk or brag about photography equipments....we just want to improve our shots, not endlessly upgrading photography equipments! Give us any camera & lens and we'll give you...photographs lah! That's what cameras & lenses are for what?? To take photos, not just for show off maaa?!

    hanyalah untuk memberi semangat kepada pembaca, bahawa peralatan dan kamera jika digunakan sebaik mungkin, akan menghasilkan karya terbaik juga..

    Bagaimana hendak menjadi " ayam"?
    Hantar karya fotografi anda ke chaps.my@gmail.com dan karya anda akan dilihat dan dinilai oleh mereka, sekiranya layak...tahniah, anda dah jadi CHAPS!

    Karya "Klang: Di Sebalik Wajah" tersiar di National Geographic

    Terpilih untuk bulan November, 2007 pada minggu keempat klik http://ngm.nationalgeographic.com/ngm/yourshot/daily-dozen/daily-dozen.html untuk melihat karya yang terpilih pada minggu yang sama.



    12 January 2008

    Layar Tanchap Shah Alam 4.1.2008




    Siri Hitam

    Sebenarnya siri ini adalah salah satu dari SIRI KEMBARA SOLO yang SAYA hasilkan pada tahun 2007. Semua karya diambil di Stesen Sentral Kuala Lumpur.


    Klang: Di Sebalik Wajah

    Photodocumentary di sekitar kawasan Klang dan Pulau Ketam, Selangor.

    Pengenalan

    Salam sejahtera kepada semua, SAYA di sini mengucapkan selamat datang dan salam perkenalan pada semua pengunjung blog ini. Wujudnya blog ini adalah untuk SAYA berkongsi bersama pengunjung minat dan pengalaman SAYA dalam dunia fotografi, seni, muzik dan semua cabang-cabang seni yang ada dalam dunia ini.