KARAI 4 February 2014. Seorang wanita menunggang basikal menggunakan laluan sisi Jambatan Victoria melintasi Sungai Perak. Jambatan yang dibina sekitar tahun 1897 hingga 1900 oleh pihak berkuasa Keretapi Negeri Perak, Jambatan Victoria adalah sebuah jambatan kereta api tunggal yang melintasi Sungai Perak di Karai dan merupakan salah satu jambatan kereta api tertua di Malaysia. Pada 21 Mac 1900, Almarhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah telah merasmikannya pada satu majlis yang turut dihadiri oleh Residen-Jeneral untuk FMS, Sir Frank Swettenham dan Sir John Pickersgill Rodger yang juga Residen British Perak. Ditutup pada tahun 2002 namun ia masih digunakan oleh penunggang motosikal dan pejalan kaki untuk aktiviti harian. NSTP/Supian Ahmad |