13 September 2008

Sekarang ni bulan puasa-jarang sangat ada masa nak keluar buat projek...tapi semalam dapat balik awal sikit dari kantor, jalan plak tak jem sangat..sampai awal la jugak kat rumah in-law..dapatlah aku buat siri aku yang dah lama tangguh tu...
Untuk siri "We Lived Here" ni, aku nak mendokumentasikan kawasan Desa Mentari di Bandar Sunway ni.. sebenarnya, asalnya penghuni kawasan ni ialah dari penempatan-penempatan setinggan seperti kg. Padang Mentari, kg. Kanaparunggam, kg. Desa Hormat dan telah dibangunkan oleh kerajaan semasa Projek Setinggan Sifar oleh mereka-jadi aku rasa best jugak kalau aku dapat rakamkan daily grind/penduduk/aktiviti masyarakat setinggan yang kini telah "dikumpulkan" oleh kerajaan di satu tempat je..antara peristiwa hitam yang pernah berlaku di sini ialah rusuhan yang hampir membawa kepada isu perkauman antara dua bangsa yang mendominasikan penempatan ini-curfew dan kawalan oleh polis!..sekarang ni baru dalam proses awal iaitu mendokumentasikan penempatan di sini, sebelum aku masuk second stage iaitu penduduk...



Macam biasalah, aku kalau nak buat editing/seleksi gambar mesti buat malam sebab nak suasana rileks sikit-sambil dengar RATM atau Belantara, kerja mesti smoooooth je...tapi malam tadi baru balik kerumah, bawa sekali isteri dan anak-anak balik setelah seminggu isteri aku berpantang kat rumah mak dia....tapi Abang biasalah, selagi aku tak tido, selagi tu la dia tak mau masuk tido.. adik pun sama jugak..tak mau tido, so aku heret semua sekali kat luar


Abang, tewas pukul 2 pagi, layan 613 dari pukul 12 tengah malam

Adik masih bertenaga, sambil berlagak dengan Papa sebab dah pandai pegang botol sendiri-lepas tu susah nak burp!

Pemandangan dari atas kerusi pad pukul 2 pagi, malam semalam ajak anak-anak lepak kat ruang tamu sambil buat kerja. masing-masing bersepah macam kena bom... kat dalam gambar tu:-

  • lappy atas "Papa's portable workstation" a.k.a. Mama punya stool meja solek
  • Abang dah tido lepas mintak susu-tapi tak minum
  • Adik tengah layan susu yang ke3 dalam masa 2 jam
  • EI8HT Photojournalism atas kerusi, bersebelahan TARGUS-terima kasih Mama!
  • Lembek makk bagi, buat tidur
  • Kopi Kapal Api kurang manis

No comments: